Rumah Tamu Datin Halijah

Event type : Wedding Dinner, Wedding Party, Wedding Venue
Get A Free Quote

Rumah Tamu Datin Halijah

Rumah Tamu Datin Halijah ialah rumah yang telah dibina lebih 100 tahun yang lalu. A bit of history, pada zaman dahulu kala, rumah ini menjadi ‘rumah perlindungan’ (safe house) sekiranya berlaku kecemasan terutama serangan komunis. Rumah ini telah melalui fasa pengubah suaian yang agak besar pada tahun 2012 namun tetap mengekalkan struktur menawan rumah melayu tradisionalnya. Ruang majlis ini asalnya bertempat di dalam sebuah dusun buah buahan dengan pokok durian, manggis, rambutan, jambu dan tebu. Sejak ianya diubah suai, tetap ada beberapa pokok yang menghiasi taman sekelilingnya.

Fully booked! All bookings exhausted.

Pakej Serambi – RM21,670
(1000 pax)

Menu Buffet
Nasi Briyani/Hujan Panas/Minyak
Nasi Putih
Daging Dendeng/Masak Hitam/Rendang
Ayam Masak Merah/Goreng Rempah/Kuzi
Dalca Sayur/ Paceri Nenas – 70%
Gulai Nenas Ikan Masin – 30%
Jelatan Berkacang/ Acar Buah
Buah Buahan (2 Jenis)

Minuman
Air Cordial Blackcurrant/Orange/Mango
Air Mineral (Dispenser)

Tea Corner
Teh Tarik
Kuih Muih (2 Jenis)

Hidangan Pengantin
Creamy Buttered Prawn
Sweet Sour Siakap
Dessert

Kelengkapan Majlis
Dewan Berhawa Dingin & Dekorasi Lampu
Rumah Tamu Datin Halijah

Meja Utama & Tetamu
Set Meja & Kerusi Pengantin (8 pax)
Hiasan Meja Makan Beradap
Dome Untuk VIP (4 Meja x 10 Orang Semeja)
Set Meja Buffet Berhias x3
Tempat Duduk 350 pax
Kerusi Chiaviary + Bersarung
Set Meja Bulat + Alas
Meja Untuk Kek Pengantin
Meja Hadiah + Meja Doorgift

Termasuk
Anggota Rela 2 Orang
PA System
Pelayan Beruniform
Ko-ordinator Majlis

Pakej Anjung – RM25,850
(1000 pax)

Menu Buffet
Nasi Briyani/Hujan Panas/Minyak
Nasi Putih
Daging Dendeng/Masak Hitam/Rendang
Ayam Masak Merah/Goreng Rempah/Kuzi
Dalca Sayur/ Paceri Nenas – 70%
Gulai Nenas Ikan Masin – 30%
Jelatan Berkacang/ Acar Buah
Buah Buahan (2 Jenis)

Minuman
Air Cordial Blackcurrant/Orange/Mango
Air Mineral (Dispenser)

Tea Corner
Teh Tarik
Kuih Muih (2 Jenis)

Hidangan Pengantin
Creamy Buttered Prawn
Sweet Sour Siakap
Dessert

Pakej Pengantin
Full Set Pelamin Lengkap
Hiasan Pintu Gerbang
6 x Unit Walkway Artifical
Dekorasi Meja Utama
Laluan Karpet Merah
Pengacara Majlis

Busana & Andaman
Sepasang Baju Sanding Lelaki + Perempuan & Aksesori
Make Up 1 Sesi
Bunga Tangan Artificial

Kelengkapan Majlis
Dewan Berhawa Dingin & Dekorasi Lampu
Rumah Tamu Datin Halijah

Meja Utama & Tetamu
Set Meja & Kerusi Pengantin (8 pax)
Hiasan Meja Makan Beradap
Dome Untuk VIP (4 Meja x 10 Orang Semeja)
Set Meja Buffet Berhias x3
Tempat Duduk 350 pax
Kerusi Chiaviary + Bersarung
Set Meja Bulat + Alas
Meja Untuk Kek Pengantin
Meja Hadiah + Meja Doorgift

Termasuk
Anggota Rela 2 Orang
PA System
Pelayan Beruniform
Ko-ordinator Majlis

Majlis

Rumah Tamu Datin Halijah ini mempunyai aura tradisional zaman lalu lantas bersesuaian untuk majlis majlis yang berkenaan perkahwinan. Sebagai contoh pertunangan, pernikahan, resepsi perkahwinan, malam berinai, sambutan hari raya atau majlis aqiqah. Untuk sedikit kelainan, ape kate buat annual dinner disini, boleh buat tema tradisional. Yang perempuan boleh pakai baju ala ala Sabariah, Siti Muslihat atau Nyonya Mansur, yang lelaki boleh jadi Sarip Dol, Sarjan Hassan atau Kassim Selamat. (Alahaiii Kasim…. hihi). Menari tarakucaca dengan kebaya nyonya ketat dan bunga ros merah mak ngah di sisipkan di telinga…

Ruang Majlis

Rumah Tamu Datin Halijah mempunyai sebuah rumah dan laman disebelahnya. Kedua dua ruangan ini boleh menempatkan 500-1000 tetamu. Struktur tiang-tiang daripada kayu cengal dan dinding-dinding yang asal menggunakan papan kayu meranti yang keras.
Selain itu bumbung rumah ini menggunakan atap zing serta mempunyai siling senibina asal.
Terdapat juga ruangan surau jika anda ingin berjemaah bersama tetamu yang boleh memuatkan sehingga 30 jemaah.

Lokasi

Rumah Tamu Datin Halijah terletak di Jalan Sentul, Sentul Pasar, Kuala Lumpur. Ruangan majlis ini berdekatan dengan Taman Dato’ Senu, Burgerbyte Sentul dan Naili’s Sentul.
Terdapat kawasan khas meletakkan kereta dan tetamu juga boleh meletakkan kereta di tepian jalanan.